Asal usul Silat
Seni silat adalah
sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak
asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang
terdapat di Candi Borobudur dan Candi
Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di
kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau,
sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera,
sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu
silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14)
untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13
hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak
kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau,
silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman
Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja
diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke
pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana
Hang Tuah(Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada
Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau
Jawa(Majapahit).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan